catatan hidup seorang muslimah akhir zaman, yg bercita-cita menjadi solehah…

From: muhammad sabiq esfahancity82@yahoo.co.uk

Date: 2010/11/12

Subject: [AlumniSMIH] sharing : by khabbab; Allah itu tak lurus bendul, apa lagi buta

 

 

Allah itu tidak lurus bendul, apalagi buta.

 

 

by Khabbab Jamalludin on Friday, November 12, 2010 at 12:24am

 

Manusia secara fitrah adalah makhluk yang punya kecenderungan berbuat salah, berlaku dosa. Itu memang betul. Dan betul juga bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang’ Maha Pengampun segala Dosa.Dalam hal ni, saya rasa kita semua setuju.

 

Tapi tidak benar kalau Allah itu tidak mungkin marah. Salah besar kalau ada yang beranggapan bahawa Allah itu buta. Atau lebih dahsyat lagi, kalau kita fikir Allah itu lurus bendul!

Barangkali banyak yang lupa, dalam Al Quran, ayat tentang khabar gembira, selalu diikuti dengan peringatan. Basyiir wa Nazeer, kata ulama tafsir.

 

Allah dengan sifat penyayangnya tiak akan menghukum hambaNya pada saat maksiat dilakukan pertama kali. Setelah beberapa kali peluang, barulah peringatan akan datang. Manusia yang takut akan murka Allah akan bertaubat sejurus melakukan dosa. Mintalah dengan bersungguh sungguh, maka pasti Allah akan mengabulkannya.

 

Namun adakalanya manusia itu dapat menjadi kurang ajar, iaitu berbangga dengan dosa atau maksiat yang dilakukannya. Bukan bertaubat, malah diwar warkan kemaksiatan itu seolah olah seperti yang saya katakan tadi, Allah itu Buta.

 

Lebih biadap lagi, mereka kemudian bersikap seperti Allah itu lurus bendul, dengan menghias kemaksiatan mereka supaya kelihatan baik dengan ayat quran, kata kata islami atau yang sewaktu dengannya.

 

Sebagai seorang pemuda/pemudi, adalah satu hal yang nescaya untuk kita jatuh cinta, kepada lawan jenis. Itu adalah fitrah kita. Fitrah yang lahir dari nafsu, bukan dari hati. Allah tau bahawa nafsu sangat susah untuk dikawal, maka kerana itu Allah membataskan ruang gerak “so called”-cinta kita, hanya selepas di meterainya ikatan perkahwinan. Kerana, dalam fitrah manusia tanpa iman, cinta tanpa nikah, akan membawa kepada zina. Apa jua bentuknya.

Maka semua jalan menuju kearah sana diharamkan.

 

Tapi ya, sekali lagi sebab kita manusia, kita boleh terjatuh hati pada seseorang, tanpa dapat kita tahan tahan. Yang dapat membuatkan kita terfikir fikir tentang si dia, yang boleh membuatkan kita senyum sendiri macam orang gila.

Pada saat itu, ia belum menjadi sebuah dosa, setidaknya untuk mukmin marhain macam kita. Banyak islam sebut tentang bagaimana mendistract fikiran kita dari hal hal seperti itu, amal ibadah dan sebagainya. Intinya adalah, cukuplah sampai disni.  Jika cara yang disebutkan nabi tidak berkesan, maka ketahuilah, Telah Sampai Seru untuk anda berkahwin!

 

Maka syaitan itu memang genius, maka digodalah kedua dua makhluk, lelaki dan perempuan, uda dan dara, romeo dan juliet. Menyukai dalam hati bukanlah sebuah kesalahan. Kesalahan terbesar bermula dikala anda mengungkapkannya kepada si pujaan hati sedangkan belum bersedia untuk berkahwin. Maksud saya berkahwin dalam masa terdekat, bukan 5 atau 10 tahun lagi. Waktu itu dosa dosa kecil, noda noda hitam dah mula bertumpuk dalam jiwa. Setiap kali melunakkan suara, setiap kali sms ayat berbunga, setiap kali keluar bersama, malaikat mencatat walaupun tidak terlihat dek pelupuk mata yang lainnya.

 

Maka, ternyata tujuan syaitan tak berhenti disini. Ini bukan end result yang mereka mahukan. Mereka mahu manusia berbangga dengan maksiatnya. Perlahan perlahan, rasa malu untuk hubungan itu diketahui yang lain dihilangkan. Kerana syaitan tahu, itu adalah pertahanan terakhir untuk iman. Sifat malu. Syaitan pun mula melakukan hasutan melibatkan banyak elemen. Antaranya supaya kawan kawan disekeliling mereka “menyakat” tentang hubungan tersebut. Mula mula dengan gediknya akan menafikan, lama kelamaan tersengih sengih kegirangan.

 

Yang akhirnya, DECLARElah mereka. Sudah tidak ada malu malu lagi. Bermula dengan update status di facebook ( in a relationship bagi kebanyakan, atau complicated bagi yang budget cool), mengupload gambar atau merealisasikan hal tersebut di alam nyata. Kalau dulu keluar dating sorok sorok, kalau bertembung dengan orang berpecah dulu sebelum membentuk formasi kembali, kini tidak lagi. Justeru kembang kuncup kalau ada yang mengatakan bagai pinang dibelah dua, merpati dua sejoli. Dari keluar secara berkumpulan, kemudian berduaan tapi masih tidak berpegang tangan, naik kenderaan bersama sama, ringan ringan, sebelum akhirnya, terlanjur dalam bercinta.

 

Saat itu, iman mereka seperti mengatakan Allah itu buta.

 

Namun ketika mereka mula menggunakan ungkapan ayat ayat al quran, hadith, lagu Maher Zain, lagu inteam , kisah kisah romantis berbau islami dalam hubungan cinta mereka, atau yang lebih advance, mungkin saling mengejutkan untuk solat atau puasa, maka disitulah tahap dimana mereka bertindak seolah olah Allah itu straight forward, lurus bendul. Berharap dosa mereka bertukar menjadi pahala. Adakah ia akan terjadi? Yes, in your dream.

 

Kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Jangan hairan kalau lagu lagu cinta jadi halal ketika kita menyanyikan buat isteri kita. Jangan juga pelik kalau lagu Maher Zain ; For the rest of my life, boleh jadi dosa mendengarnya jika ditujukan buat selain dari isteri kita yang sah.

 

Namun, selagi masih nyawa belum sampai di kerongkong, masih selalu ada pintu yang terbuka untuk kita. Bagaimana mungkin kita merasa tidak tebal muka, meminta bermacam macam selepas solat dalam doa, sedangkan hati kita tidak bersih dalam mentaatinya? Berhentilah bermaksiat, ucapkanlah kata kata taubat, diikuti hati dan anggota.Buat mereka yang telah berkahwin, beristighfar buat dosa dosa yang pernah dilakuka sebelum pernikahan, kerana akad nikah tidak menghapus dosa, yang hanya menghapuskan dosa itu cuma taubat nasuha.

 

 

Astaghfirullah Al Azeem

Laa ilaaha illa anta, inni kuntu minaz zolimeen…

 

Leave a comment