catatan hidup seorang muslimah akhir zaman, yg bercita-cita menjadi solehah…

Assalamualaikum.

Terima kasih singgah di blog saya. Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk kita semua.

Kali ini, saya ingin menulis berkaitan surat pertama yang saya dapat disini. Surat tersebut dari Bundeszentralamt für Steuern (Pejabat Cukai Pusat Persekutuan). Tajuk surat adalah Zuteilung der Identifikationsnummer nach § 139b der Abgabenordnung (AO), yang membawa maksud lebih kurang Peruntukan Nombor Pengenalan mengikut § 139b Kod Cukai.

Dalam surat ini saya diberi nombor pengenalan untuk tujuan cukai dan berlaku secara kekal, walaupun buat masa ini saya tidak disenaraikan untuk tujuan cukai lagi. Nombor ini adalah salah satu prosedur percukaian. Nombor tersebut merupakan prasyarat untuk meningkatkan penggunaan pemprosesan data elektronik dan menjadikannya lebih ekonomik. Begitulah maklumat yang diberi pada saya. Mereka minta saya simpan elok-elok surat tersebut. Itulah ceritanya.. Ok, sambung lagi nanti. Danke schön. Wassalam.

Yang Ikhlas,

Nur Fazleen, 2 Ogos 2021, 08:43 (waktu Jerman)

Leave a comment