catatan hidup seorang muslimah akhir zaman, yg bercita-cita menjadi solehah…

Umar Ridzwan

Bismillah..
Assalamualaikum..
Lama betul blog ini bersarang.. hihi.. Last update blog September 2012, sekarang dah tahun 2015.. al kisah..
.
Update terbaru, saya dah menambah sorang lagi ahli dalam keluarga iaitu Muhammad Umar bin Mohammad Ridzwan..
.
Tengoklah umar yg bam bam ni..

image

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin mengumumkan bahawa saya dedikasikan blog yang banyak ‘stori mori’ kisah hidup saya ketika belajar dan masih anak dara..cewah..

Dedikasi ini khas buat anak saya Nur Safiya Binti Mohammad Ridzwan..

Ummi harap bila baby dah besar bolehlah ambil iktibar dari kisah hidup ummi ye.. ambillah pengajaran dr blog ni..yg buruk buang jauh2..moga2 anak ummi lebih3x baik dr ummi..

Saat ummi menulis blog ini, baby safiya berumur cukup 35hari.. safiya ada depan ummi

Sayang safiya…muah3x..♥♥♥

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah..sekian lama saya tak jenguk blog ni..post terakhir adalah bulan april 2011..waktu itu,saya masih tunangan org dan anak dara lagi..tapi sekarang,dah jadi isteri org dan jadi ummi..wah..sangat lama tidak menulis..saya rindu nak menulis..dgn menulis,saya dpt luahkan apa di hati..ye la,saya jenis yg tak pandai sangat nak bercerita perasaan pd org lain..kecuali en. Husband..dia selali jd mangsa luahan perasaan saya..hehe..tp tu pn byk yg saya tak cerita sangat..

Rindu2x nak menulis..

Rasa rugi tak menulis selepas kahwin..banyak dah saat manis dan pahit saya lepaskan utk dicerita dalam blog..saat menjadi pengantib baru,saat gembira mengtahui diri mengandung..saat suka duka mengandung..saat sakit bersalin..saat berpantang..huhu..

Pada ketika ini, genap cukup 6 minggu saya berpantang…waa..seronok rasanya sbb dah melalui detik2 bersalin dab pantang seminggu dua..tu la rasabya diri lemah tak bermaya..

Em..seronok pula menulis..rasa lebih seleaa menulis di blog sendiri dr menulis di fb atau lain2..oklah,saya nak beransur..nak tidokan bby safiya..sayang safiya..muah33x…♥♥♥

KEBAIKAN

Jalan-jalan kebaikan itu SANGAT banyak
Kutip kertas gula-gula yang kita jumpa sewaktu berjalan, ITU KEBAIKAN.
Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, ITU KEBAIKAN.
Membicarakan perkara-perkara yang bermanfaat atau diam sahaja untuk mengelakkan perkara yang sia-sia, ITU KEBAIKAN.
Menguasai pelbagai ilmu IT agar kita lebih berupaya memaksimakan hasil ke arah kebaikan, ITU KEBAIKAN.
dan banyak lagi…
NAMUN
bagaimanakah kita memaksimakan masa untuk melakukan dan menguasai pelbagai KAEDAH untuk melakukan kebaikan…
Jujur saya akui, impaknya terkesan kepada diri ini apabila sekian lama menyepi dari menggunakan medium ‘blog’ ini ke arah KEBAIKAN.
Ada benarnya kata-kata pengasas gerakan Islam tersohor di Mesir Ikhwanul Muslimin iaitu Almarhum Hasan al Banna
“Tanggungjawab yang perlu kita sempurnakan lebih banyak dari masa yang kita ada”…
Berusahalah kita semua ke arah kebaikan,
Online mahupun offline.
Waktu semakin suntuk.
Umur semakin susut.
Ajal bakal menjemput.

Pertunangan dalam Islam

Alhamdulilah setelah semua selesai, semua jelas. Kami sepakat bertunang baru-baru ini. Sebelum itu, tunang telah memberitahu bahawa dia tidak suka jika kami kerap berhubung lantaran tiada ikatan yang sah. Tunang juga berkata, jika tiada apa-apa tak perlu lah bermesej.

Sepanjang pertunangan, saya dan tunang cuma bertemu sekitar 3 kali. Itu pun di rumah keluarga saya. Saya sangat kagum dengan akhlak tunang. Mak dan Abah pun suka apabila dia mengimamkan solat ketika di rumah kami.

Sejak pertemuan yang kedua, tunang tidak pernah menelefon. Namun, saya faham mengapa tunang tidak menelefon. Beliau telah jelaskan kepada saya.

Pendek kata, saya tidak gusar dan bimbang dengan dia. Namun, sejak akhir-akhir ini, sangat bimbang di hati saya. Saya pun tak tahu kenapa…

Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.

Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.

Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama.

Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dankejahatan?

Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.

Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.

Telefon, email, sms… tanya khabar.

Cuma bersederhanalah.

Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah… dan kemaskan sistem kawalan diri.

Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.

Akhir kata, tenangkan diri dengan doa dan solat. Insya Allah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau jodoh tetap jodoh. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.

[Taken From: Saifulislam & Ummusaif Dot Com]

From: muhammad sabiq esfahancity82@yahoo.co.uk

Date: 2010/11/12

Subject: [AlumniSMIH] sharing : by khabbab; Allah itu tak lurus bendul, apa lagi buta

 

 

Allah itu tidak lurus bendul, apalagi buta.

 

 

by Khabbab Jamalludin on Friday, November 12, 2010 at 12:24am

 

Manusia secara fitrah adalah makhluk yang punya kecenderungan berbuat salah, berlaku dosa. Itu memang betul. Dan betul juga bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang’ Maha Pengampun segala Dosa.Dalam hal ni, saya rasa kita semua setuju.

 

Tapi tidak benar kalau Allah itu tidak mungkin marah. Salah besar kalau ada yang beranggapan bahawa Allah itu buta. Atau lebih dahsyat lagi, kalau kita fikir Allah itu lurus bendul!

Barangkali banyak yang lupa, dalam Al Quran, ayat tentang khabar gembira, selalu diikuti dengan peringatan. Basyiir wa Nazeer, kata ulama tafsir.

 

Allah dengan sifat penyayangnya tiak akan menghukum hambaNya pada saat maksiat dilakukan pertama kali. Setelah beberapa kali peluang, barulah peringatan akan datang. Manusia yang takut akan murka Allah akan bertaubat sejurus melakukan dosa. Mintalah dengan bersungguh sungguh, maka pasti Allah akan mengabulkannya.

 

Namun adakalanya manusia itu dapat menjadi kurang ajar, iaitu berbangga dengan dosa atau maksiat yang dilakukannya. Bukan bertaubat, malah diwar warkan kemaksiatan itu seolah olah seperti yang saya katakan tadi, Allah itu Buta.

 

Lebih biadap lagi, mereka kemudian bersikap seperti Allah itu lurus bendul, dengan menghias kemaksiatan mereka supaya kelihatan baik dengan ayat quran, kata kata islami atau yang sewaktu dengannya.

 

Sebagai seorang pemuda/pemudi, adalah satu hal yang nescaya untuk kita jatuh cinta, kepada lawan jenis. Itu adalah fitrah kita. Fitrah yang lahir dari nafsu, bukan dari hati. Allah tau bahawa nafsu sangat susah untuk dikawal, maka kerana itu Allah membataskan ruang gerak “so called”-cinta kita, hanya selepas di meterainya ikatan perkahwinan. Kerana, dalam fitrah manusia tanpa iman, cinta tanpa nikah, akan membawa kepada zina. Apa jua bentuknya.

Maka semua jalan menuju kearah sana diharamkan.

 

Tapi ya, sekali lagi sebab kita manusia, kita boleh terjatuh hati pada seseorang, tanpa dapat kita tahan tahan. Yang dapat membuatkan kita terfikir fikir tentang si dia, yang boleh membuatkan kita senyum sendiri macam orang gila.

Pada saat itu, ia belum menjadi sebuah dosa, setidaknya untuk mukmin marhain macam kita. Banyak islam sebut tentang bagaimana mendistract fikiran kita dari hal hal seperti itu, amal ibadah dan sebagainya. Intinya adalah, cukuplah sampai disni.  Jika cara yang disebutkan nabi tidak berkesan, maka ketahuilah, Telah Sampai Seru untuk anda berkahwin!

 

Maka syaitan itu memang genius, maka digodalah kedua dua makhluk, lelaki dan perempuan, uda dan dara, romeo dan juliet. Menyukai dalam hati bukanlah sebuah kesalahan. Kesalahan terbesar bermula dikala anda mengungkapkannya kepada si pujaan hati sedangkan belum bersedia untuk berkahwin. Maksud saya berkahwin dalam masa terdekat, bukan 5 atau 10 tahun lagi. Waktu itu dosa dosa kecil, noda noda hitam dah mula bertumpuk dalam jiwa. Setiap kali melunakkan suara, setiap kali sms ayat berbunga, setiap kali keluar bersama, malaikat mencatat walaupun tidak terlihat dek pelupuk mata yang lainnya.

 

Maka, ternyata tujuan syaitan tak berhenti disini. Ini bukan end result yang mereka mahukan. Mereka mahu manusia berbangga dengan maksiatnya. Perlahan perlahan, rasa malu untuk hubungan itu diketahui yang lain dihilangkan. Kerana syaitan tahu, itu adalah pertahanan terakhir untuk iman. Sifat malu. Syaitan pun mula melakukan hasutan melibatkan banyak elemen. Antaranya supaya kawan kawan disekeliling mereka “menyakat” tentang hubungan tersebut. Mula mula dengan gediknya akan menafikan, lama kelamaan tersengih sengih kegirangan.

 

Yang akhirnya, DECLARElah mereka. Sudah tidak ada malu malu lagi. Bermula dengan update status di facebook ( in a relationship bagi kebanyakan, atau complicated bagi yang budget cool), mengupload gambar atau merealisasikan hal tersebut di alam nyata. Kalau dulu keluar dating sorok sorok, kalau bertembung dengan orang berpecah dulu sebelum membentuk formasi kembali, kini tidak lagi. Justeru kembang kuncup kalau ada yang mengatakan bagai pinang dibelah dua, merpati dua sejoli. Dari keluar secara berkumpulan, kemudian berduaan tapi masih tidak berpegang tangan, naik kenderaan bersama sama, ringan ringan, sebelum akhirnya, terlanjur dalam bercinta.

 

Saat itu, iman mereka seperti mengatakan Allah itu buta.

 

Namun ketika mereka mula menggunakan ungkapan ayat ayat al quran, hadith, lagu Maher Zain, lagu inteam , kisah kisah romantis berbau islami dalam hubungan cinta mereka, atau yang lebih advance, mungkin saling mengejutkan untuk solat atau puasa, maka disitulah tahap dimana mereka bertindak seolah olah Allah itu straight forward, lurus bendul. Berharap dosa mereka bertukar menjadi pahala. Adakah ia akan terjadi? Yes, in your dream.

 

Kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Jangan hairan kalau lagu lagu cinta jadi halal ketika kita menyanyikan buat isteri kita. Jangan juga pelik kalau lagu Maher Zain ; For the rest of my life, boleh jadi dosa mendengarnya jika ditujukan buat selain dari isteri kita yang sah.

 

Namun, selagi masih nyawa belum sampai di kerongkong, masih selalu ada pintu yang terbuka untuk kita. Bagaimana mungkin kita merasa tidak tebal muka, meminta bermacam macam selepas solat dalam doa, sedangkan hati kita tidak bersih dalam mentaatinya? Berhentilah bermaksiat, ucapkanlah kata kata taubat, diikuti hati dan anggota.Buat mereka yang telah berkahwin, beristighfar buat dosa dosa yang pernah dilakuka sebelum pernikahan, kerana akad nikah tidak menghapus dosa, yang hanya menghapuskan dosa itu cuma taubat nasuha.

 

 

Astaghfirullah Al Azeem

Laa ilaaha illa anta, inni kuntu minaz zolimeen…

 

Cerita hidup kita berbeza-beza..mungkin awalan kisah kita sama..mungkin juga di tengah2 atau di akhirnya..kehidupan harus diteruskan..namun kawan, pastikan di akhir cerita hidup kita adalah sampai ke syurga Ilahi.. 🙂 fazleen87

Jika Terfikir Lakukan Maksiat…

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

www.zaharuddin.blogspot.com

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual.  Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

  1. azab api neraka,
  2. azab kubur,
  3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
  6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat  banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

  1. penceraian akan berlaku akibatnya,
  2. pasangan zina mengandung,
  3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  5. apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  6. kejian masyarakat,
  7. ditangkap basah dan diumum di media,
  8. adik beradik mengeji,
  9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
  10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
  12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.  Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir,  najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS  dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit.  Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera.  Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Julai 2009

J.B

Saya duduk JB sekarang… 🙂

Lelah..

Bismillahir rohmanir rohim..

Segala puji hanya untuk Allah TUhan sekalian alam dan selawat salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t

L.E.L.A.H

Ada sesiapa pembaca disini mengidap lelah atau athma??

Boleh kongsi pengalaman hidup atau apa-apa yang ingin dikongsi??

Memandang seleseme dan batuk saya tidak reda-reda, semalam saya ke klinik untuk memeriksa kesihatan. Sejak bekerja april lalu, saya kerap jatuh sakit, Mudah sangat diserang selseme dan batuk. Kalau dahulu, saya rasakan setahun sekali saya mengalami serangan penyakit ini. Tetapi kini hampir setiap bulan, pasti akan kena. Seingat saya, baru tiga minggu lalu, saya kena seleseme dan batuk.

Apabila kerap sangat begini, saya jadi ‘boring’ dan semakin tak berdaya nak buat banyak kerja. Kadang-kadang saya marah pada diri sebab tak sekuat dahulu. Mungkin sebab saya tidak mengambil lagi supplement tambahan untuk badan. Huuuu…

Doktor pesan, banyakkan ambil vitamin c..MySpace

Doktor juga mensyaki saya HAMPIR-HAMPIR KENA LELAH.. sebab bunyi batuk saya bukan batuk biasa.. tekanan darah saya pun semakin paras rendah.. wah!!

Ini doktor kedua kata saya kemungkinan lelah atau athma.. First doc masa di Bangi, tiga minggu lalu ketika merawat kesihatan di sana. Waktu tu macam tak percaya. Siap dia bagi saya alat ‘inhaler’.. apa-apalah..

Sooooooooooooo??

lu pikir la sendiri, fazleen…MySpace

[tengah tahan nafas…asyik nak batuk je..sekali batuk..terasa sakit kat tulang rusuk dada]

fazleen

9 sept 2010; 5:12pm